Sunday 12 August 2012


Bagi yang tak tahu apa tu Running Man , benda ni ekceli satu rancangan variety korea yang dianggotai oleh artis-artis dia orang daripada pengacara , penyanyi , pelawak , pelakon semuanya diambil dan dijadikan ahli tetap . Running Man memang lawak ah wa cakap lu . Tapi sekarang macam dah kureng . Maybe sebab nampak sangat berlakon kot .


Karoot Komedia ni pulak satu rancangan kat astro warna yang dianggotai oleh pelawok-pelawok yang memang ohsem gila lah-Jep Sepah , Shuib Sepah , Johan , Yus Jambu , Eby Yus , Sabri Yunus . Apa yang aku cukup salute dengan Karoot Komedia ini ialah , at the end when kita dah puas gelak-gelak , kita sebenarnya boleh berfikir apa yang dia orang ni trying to tell us . Ye dia ada unsur nilai murni . So instead of just gelak-gelak , at least kita dapat juga manfaat kan ?


pic credit to ciklilyputih.com
( seriusly sekarang aku rasa jep makin lama makin hensem pulak , huhu )


So what's the difference and persamaan dua rancangan pecah perut ni ? Of course la kedua-duanya ialah rancangan untuk menghiburkan dan bagi orang gelak kan ? Tapi cara penyampaiannya berbeza . Bagi aku Running ni still dalam kategori lawak korea yang melibatkan game , so sambil main game sambil buat lawak la , kadang tu sakit hati jugak la tengok RunningMan ni , pasal kadang-kadang tu orang yang menang dengan yang selalu kalah sama je tiap-tiap minggu . Aku taktau kalau aku sorang je rasa anoyying , tapi serius bosan gila je . Macam kemenangan pemenang tu dah dirancang . Okay dah . Cool .

Macam Karoot Komedia ni pulak ialah satu komedi muzikal , which is sambil gelak , sambil dengar diorang berdikir , sambil dapat nasihat . Nampak tak ? 3 in 1 tv show yang lawak dia memang pure melayu lah . So memang lawak dia bagi orang melayu macam aku ni boleh layan and buat aku gelak guling-guling . Cuma kadang-kadang aku tengok over jugak dia orang tu . Daripada lawak terus rasa menyampah . Haha .

Even pun macam tu , aku pun ada dengar gak desas desus orang cakap Karoot Komedia ni tiru Opera Van Java or OPV tiru Karoot Komedia or pape jelah . Setakat ni aku tak pernah lagi la tengok OPV tu . Tapi dia orang cakap kelakar . Point is , who cares kalau Karoot Komedia tiru OPV or OPV tiru Karoot Komedia pun ? Ingat senang ke nak bagi orang gelak even benda tu satu peniruan ? Kira kalau kau berjaya bagi orang gelak lawak yang orang dah tahu memang konfem ah kau pelawak . So tak payah nak kecoh-kecoh sape tiru sape , yang penting lawak . Right ?

Berbalik kepada tajuk aku , Karoot Komedia boleh lawan RunningMan ke ? Dan bagi pendapat aku , YA . Ye dan ye . Kadang-kadang aku rasa Karoot Komedia lagi lawak dari RunningMan and kadang aku rasa sebaliknya . Apepun , yang penting apa yang kita boleh dapat from watching semua benda lawak ni ? Kalau kita dapat gelak dan pada masa yang sama dapat manfaat , benda tu lah bagi aku lebih bermakna daripada sekadar gelak kosong . Kan ?



Life Intervention . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates