Tak pernah lapuk
Assalamualaikum , hai . Baru-baru ni aku perasan tv prima dah mula tayang balik cerita P.Ramlee . Memang tak berganjaklah aku daripada tv tu even dah banyak kali tengok , tak pernah bosan . Huhu . Haritu ada cerita keluarga 69 . Kay memang kelakar sangat .
Lagu dalam cerita P.Ramlee pun semua best best . Aku paling suka gila lagu dalam cerita Nujum Pak Belalang . Memang awesome . Waktu tu aku rasa P.Ramlee kacakk gilaaaaaaaaaaa ... Kalah Adi Putra kita tauuu . Dengan suara dia , perempuan mana tak cair weh ?
Oleh kerana terlalu suka sangat aku pun search lirik lagu tu . Mesti ramai yang tak tau lirik dia kan ? Then bila nak nyanyi , part yang taktau tu mesti humming je , haha . Aku lah tu . Kayy ni ha lirik dia . Lepas ni bolehlah tunjuk lagak depan kawan-kawan yang kita ni peminat nombor satu P.Ramlee kan ? Hehe .
Kalaulah kaca menjadi intan
Teranglah malam
Di taman kenangan
Kalaulah bulan jatuh ke riba
Nikmatlah insan
Di taman dunia
Sudah ketenung dan kupandang
Makin kurenung makin sayang
Sudah ketenung dalam kitab
Makin kurenung berdetup detap
Walau apa terjadi
Sehidup semati
Marilah kekanda
Pujaan hati
Minta pada tuhan
Biar panjang umur
Jangan mati dulu
Owowwwoooo ~
Bulan dan bintang
Menjadi saksi
Di malam kenangan
Berpegangan tangan