Sunday 30 December 2012


Ya Allah dah hari second last sebelum masuk 2013 , maafkan aku tak sempat buat countdown hari ke 3 and 4. Aku busy bukan main main . Banyak yang perlu diselesaikan . Kalau boleh hari last sekolah tu aku nak rileks makan pelam cicah dengan garam je . Homework perlu disiapkan walaupun aku tau itu tak mungkin . Sejarah tu wei , baru buat 15 minit , mata dah macam karipap dah aku rasa .

Selama hidup 16 tahun ni , ( Haa nampak ? Dah mula dah pakai ayat "selama" aku , Hihi ) Banyak perubahan aku rasa jadi kat aku , tak kisah la perubahan baik ke buruk , tapi yang aku pasti memang aku berubah . Well kadang-kadang kita tak suka bila orang kata kita dah berubah tapi aku tak kisah kalau orang cakap centu , aku just berubah , so what ? kau tak nak kawan dengan aku ? Hadui take it easy lah . Kalau dia kawan dengan kita sebab kita , means dia ikhlas lah kan , kalau tak , dia bukan kawan sejati . That's it , as simple as that .

Ada hari tu aku terjumpa gambar lama balik . Rasa teruja and kelakar pun ada . Teruja sebab betapa indahnya ciptaan tuhan yang menjadikan kita sekecik-kecik tapak tangan orang dewasa waktu dalam perut , dan sampai sekarang aku dah besar macam ni .

Definitely this is me , hihi . kecik kecik lagi dah pandai nak posing , dengan spek hitamnye . Dulu waktu kecik rambut aku lurus dekat bahagian atas , kat bawah pula kerinting , then lepas rambut dah panjang sangat . ibu potong yang bahagian kerinting tu tinggal yang lurus je , dan sampai sekarang rambut kerinting dah tak tumbuh dah . Haha sayang betul .

Ni dengan adik beradik yang lain . Dalam bulatan tu bukan pontianak dijumpai mengambil gambar bersama anak-anak tempatan ye . Yang dalam bulatan tu aku lah . Dia orang cakap waktu ni aku yang paling bising . I think waktu ni dalam 3 tahun ke 4 tahun kot rasanya .

Yay , budak kecik gambar yang kat atas tu dah besar ! Haha .Waktu ni aku rasa aku 12 tahun kot . Ambik hadiah untuk 5A UPSR . Haha . Yeye saya bendahari pengawas yang tak penah dapat pegang duit . Ish ish .

Ni waktu form 1 .Waktu ni aku dekat sekolah Raja Perempuan Taayah . Ni lawatan ketua dorm ni . Ehem saya ketua dorm yang tak penah dapat disiplinkan budak bilik sendiri . Ish ish .
Dengan Afini and Cikgu Nazeri , cikgu kegemaran . Selalu sangat tido rumah cikgu teman isteri dia . Harhar . Best kot sebab makcik selalu suruh kami amek nasi and lauk kat dm banyak-banyak untuk dia . So that kitorang pun dapat makan banyak sekali jugak . Hihi . Yep makanan dm kat taayah sangatlah sedap . Terutamanya nasi goreng dia . Ya Allah rindunya .

Ohh hai ! Gambar waktu form 2 yang aku rindukan sangat , baru pindah from taayah to smk taman tasik . Reason , ehem dirahsiakan , wahaha . Kite bukan anak manja okay . Sebabnya terlalu private . k tu je .

Ini waktu akhir tahun form 3 , muka pun nampak macam budak lagi , hahah . Baru habis pmr waktu ni , so apa lagi , memang enjoy lah , kehulu kehilir , shopping , wahaha .

Yeye dah form 4 , hai saya Nur Farahin , sihat and sihat disamping family , Thank god for giving me an oppurtinity to still breathing for almost 16 years . Alhamdulillah .

Tinggi and berat saya tak pernah berubah sejak form 1 sampailah form 4 , kenapa wei kenapa ? Aku suka je berat tak berubah , tapi tinggi tu ? Haduii . Tapi bila aku check BMI katanya berat and tinggi aku tu yang ideal . Menipu .

Adik cakap dengan Jacker pun nak amek gambar . No no no , jacker is not the main point , aku just tak nak nampak macam awkward ambil gambar tanpa prop . Hehe .

Macam yang aku cakap tadi , banyakkkkkk sangat perubahan yang berlaku dalam hidup aku , daripada seorang yang pemalu , dah jadi banyak cakap , daripada waktu sekolah rendah dulu akulah yang paling tinggi , dah jadi antara yang rendah kat sekolah , but it's okay , banyak lagi sebenarnya yang aku tak jumpa lagi . Kakak kata dekat Universiti nanti banyak lagi benda pelik-pelik yang akan kita jumpa , waktu kerja nanti lagilah . Sebab tu lah kalau nak carik boyfriend carik waktu kat u nanti . Semuanya dah matang . Haha .

K dah mula dah .

That's it . Weh lagi sehari je lagi nak masuk 2013 . Pelik tak kalau aku cakap aku excited ?


Life is one of big road with lots of signs . So when you riding through the ruts , don't complicate your mind . Flee from hate , mischies and jelousy . Don't bury your thoughts , put your vision to reality . So , Wake up and Live !




Life Intervention . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates